Trump tandatangani bersama perjanjian gencatan senjata Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani bersama perjanjian gencatan senjata antara Thailand dengan Kemboja di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Donald Trump menandatangani perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja di Kuala Lumpur.
  • Perjanjian ditandatangani bersama PM Thailand Anutin dan PM Kemboja Hun Manet serta PM Malaysia Anwar Ibrahim.
  • Kementerian Luar Kemboja mengesahkan pembebasan 18 tahanan perang atas alasan kemanusiaan.
  • Kedua-dua negara sebelum ini bersetuju gencatan senjata pada akhir Julai tetapi saling menuduh melanggarnya.
  • Trump memuji perjanjian itu sebagai langkah bersejarah dan mengucapkan tahniah kepada pemimpin kedua negara.

Ia merupakan destinasi pertama lawatan Trump ke Asia yang akan berakhir dengan pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping.

Perjanjian itu turut ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet bersama Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pertikaian berdarah di sempadan kedua-dua negara tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Kemboja, perjanjian tersebut merangkumi pembebasan 18 tahanan perang Kemboja atas dasar kemanusiaan.

Kedua-dua negara berjiran itu sebelum ini bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata pada akhir Julai, namun saling menuduh melanggar perjanjian berkenaan.

Ketika majlis menandatangani perjanjian itu, Trump menyifatkannya sebagai langkah bersejarah dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin atas komitmen mereka ke arah keamanan. -AFP