Trump singkir Pam Bondi, lantik Todd Blanche sebagai Peguam Negara AS

Trump mengesahkan pelucutan jawatan Peguam Negara AS, Pam Bondi./foto AFP

WASHINGTON, 3 April – Presiden Donald Trump mengesahkan pelucutan jawatan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Pam Bondi, dan mengumumkan Timbalan Peguam Negara, Todd Blanche, sebagai pemangku jawatan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump kecewa dengan Bondi kerana enggan cepat memulakan pendakwaan terhadap pengkritik dan seteru politik.
  • Kebimbangan timbul mengenai cara Bondi mengendalikan fail siasatan Jeffrey Epstein, menarik kritikan daripada sekutu dan ahli parlimen Republikan.
  • Bondi dikenali sebagai penyokong tegar agenda Trump dan dituduh cuba menutup atau tersalah urus pelepasan rekod siasatan terhadap Epstein.

Trump dilaporkan semakin kecewa dengan tindakan Bondi yang dianggap tidak cukup pantas dalam memulakan pendakwaan terhadap pengkritik dan seteru politik yang mahu diheretnya ke muka pengadilan.

Selain itu, beliau turut dilaporkan bimbang terhadap cara Bondi mengendalikan fail siasatan berkaitan Jeffrey Epstein.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Trump memuji Bondi sebagai seorang yang hebat dan rakan yang setia.

Trump menyatakan Todd Blanche, yang juga bekas peguam peribadinya, akan menerajui Jabatan Kehakiman buat sementara waktu.

Sepanjang tempoh memegang jawatan tertinggi penguatkuasaan undang-undang AS, Bondi dikenali sebagai penyokong tegar agenda Trump dan telah meruntuhkan tradisi kebebasan Jabatan Kehakiman daripada campur tangan White House dalam urusan siasatan.

Bagaimanapun, kritikan berulang kali mengenai fail Epstein, termasuk daripada sekutu Trump dan beberapa ahli parlimen Republikan, telah mendominasi tempoh perkhidmatannya.

Bondi dituduh cuba menutup atau tersalah urus pelepasan rekod siasatan pemerdagangan seks Jabatan Kehakiman terhadap Epstein. – REUTERS