Tiga tentera AS mati, lima parah

Foto REUTERS

WASHINGTON, 2 Mac -Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengesahkan tiga anggotanya terbunuh dan lima lagi cedera parah, dalam konflik Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga anggota tentera AS terkorban dalam pertempuran di Asia Barat.
  • Lima anggota lain mengalami kecederaan parah dan mendapatkan rawatan.
  • Beberapa anggota lagi cedera ringan akibat serpihan dan gegaran, sedang pulih untuk kembali bertugas.
  • CENTCOM mengesahkan operasi tempur berskala besar masih diteruskan.

Setakat ini, pegawai tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perkara itu.

Identiti anggota yang terkorban tidak didedahkan sehingga 24 jam selepas keluarga terdekat dimaklumkan.

United States Central Command (CENTCOM) dalam satu kenyataan memaklumkan, bahawa tiga anggota tentera AS “terkorban dalam pertempuran” manakala lima lagi cedera parah.

“Beberapa anggota lain mengalami kecederaan ringan akibat serpihan letupan dan gegaran, dan sedang dalam proses untuk kembali bertugas,” menurut kenyataan itu.

CENTCOM berkata, operasi tempur berskala besar masih diteruskan. – AFP