Tembakan di luar konsulat Israel di Istanbul, dua polis cedera

Foto AFP

ISTANBUL, 7 April – Beberapa das tembakan dilepaskan di luar konsulat Israel di Istanbul pada Selasa, menyebabkan dua anggota polis cedera, menurut laporan televisyen kerajaan Turkiye.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga suspek dilaporkan "ditewaskan" di lokasi kejadian menurut NTV dan DHA.
  • Suspek dilaporkan bersenjatakan raifal, berpakaian celoreng dan membawa beg galas.
  • Sumber kepada AFP menyatakan tiada diplomat Israel berada di wilayah Turkiye pada masa kejadian.
  • Insiden berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari dengan kehadiran besar pasukan polis di konsulat Levent.

Rangkaian komersial NTV dan agensi berita DHA melaporkan tiga suspek telah “ditewaskan” di lokasi kejadian.

Media Turkiye melaporkan ketiga-tiga suspek bersenjatakan raifal serta berpakaian celoreng dan membawa beg galas.

Sumber yang rapat dengan kes itu memaklumkan kepada AFP bahawa tiada diplomat Israel berada di wilayah Turkiye ketika ini.

Insiden berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari, menurut NTV yang turut menyiarkan imej kehadiran besar pasukan polis di sekitar konsulat yang terletak di daerah perniagaan Levent di Istanbul.-AFP