Syria tahan empat pemimpin, anggota Daesh rancang serangan

Anggota tentera Syria dalam operasi pembersihan periuk di Qarah, Damsyik/ AFP

DAMSYIK, 28 September – Syria menahan empat pemimpin dan beberapa anggota kumpulan Daesh yang disyaki merancang beberapa serangan di negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan keselamatan dan perisikan menumpaskan kumpulan berkaitan Daesh yang terlibat penculikan, pemasangan bahan letupan dan pembunuhan.
  • Kumpulan itu merancang tindakan pengganas yang menyasarkan keselamatan serta kestabilan wilayah.
  • Operasi Pencegahan membawa kepada rampasan bahan letupan, senjata api dan peluru.
  • Daesh kehilangan kawalan wilayah pada 2019 tetapi baki ahli masih aktif, terutama di kawasan gurun luas.

Televisyen kerajaan Syria melaporkan pasukan keselamatan dan perisikan berjaya menumpaskan kumpulan yang dikaitkan dengan Daesh, yang terbabit dalam penculikan, pemasangan bahan letupan dan pembunuhan.

Empat pemimpin kumpulan itu ditahan di Raqqa, utara Syria, manakala beberapa lagi anggotanya ditahan di Aleppo, Idlib dan Homs.

Menurut kenyataan pasukan keselamatan, kumpulan itu turut merancang ‘tindakan pengganas’ yang menyasarkan keselamatan dan kestabilan wilayah.

‘Operasi Pencegahan’ itu turut membawa kepada rampasan bahan letupan, senjata api dan peluru.

Siasatan masih dijalankan.

Pihak berkuasa Syria sebelum ini berdepan cabaran keselamatan dan kerap mengumumkan penahanan pemimpin serta anggota Daesh.

Tahun lalu, pihak berkuasa baharu Syria yang menggulingkan pemerintahan Bashar al-Assad pada 2024 menyertai pakatan diketuai Amerika Syarikat bagi menentang Daesh.

Daesh kehilangan kawalan wilayahnya di Syria pada 2019, namun baki ahli kumpulan itu masih aktif, terutama di kawasan gurun yang luas

Kumpulan berkenaan turut mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan yang kebanyakannya menyasarkan pasukan keselamatan Syria.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.