
DNIPRO, 23 April -Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Rusia ke atas sebuah blok apartmen di bandar Dnipro, tenggara Ukraine, menurut pihak berkuasa wilayah.
- Dua kanak-kanak umur 9 dan 14 dibawa ke hospital antara yang cedera.
- Rusia melancarkan ratusan dron hampir setiap malam, manakala Kiev membalas serangan ke wilayah Rusia.
- Rundingan antara Kiev dan Moscow dengan pengantaraan AS masih buntu, terjejas oleh konflik Asia Barat.
Ketua pentadbiran wilayah, Oleksandr Ganzha,memaklumkan antara yang cedera termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan 14 tahun yang telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Sejak permulaan konflik yang berlarutan hampir empat tahun, Rusia dilaporkan melancarkan ratusan dron hampir setiap malam ke atas Ukraine, manakala Kiev turut melakukan serangan balas ke dalam wilayah Rusia.
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang bermula pada Februari 2022 telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu, rundingan antara Kiev dan Moscow dengan pengantaraan Amerika Syarikat dilaporkan masih buntu, terutama selepas konflik di Asia Barat yang mengalih perhatian Washington. – AFP