Serangan Israel jejaskan ibu pejabat RT di Tehran

Foto RT International

TEHRAN, 3 Mac – Ibu pejabat RT (Russia Today) di sini mengalami kerosakan akibat serangan Israel baru-baru ini ke atas bandar berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ibu pejabat RT di Tehran mengalami kerosakan akibat serangan Israel baru-baru ini.
  • Rakaman oleh Ketua Biro dan penerbit RT memberi gambaran eksklusif suasana selepas serangan.
  • Ketua Biro Hami Hamedi menegaskan kawasan itu pentadbiran dan kediaman, bukan zon tentera.
  • Penerbit Mustafa Kashani melaporkan tiada kematian dalam serangan tersebut.

Memandangkan kehadiran media antarabangsa di Iran ketika ini terhad, rakaman oleh Ketua biro dan penerbit RT berjaya merakamkan suasana selepas serangan untuk memberikan gambaran eksklusif selepas serangan di lapangan semasa tempoh tragik dan menggemparkan.

Menurut Ketua Biro, Hami Hamedi, kawasan tersebut sepenuhnya pentadbiran dan kediaman, bukan zon tentera.

“Kami terdengar satu letupan kuat berhampiran dan segera mengosongkan bangunan kerana bimbang bangunan kami mungkin menjadi sasaran, memandangkan apa sahaja boleh berlaku daripada rejim Zionis yang tidak memikirkan sama ada mangsa merupakan wartawan atau sesiapa sahaja,” katanya.

Manakala, bagi Penerbit RT, Mustafa Kashani, beliau bersyukur tiada seorang terkorban dalam serangan itu termasuk pengarahnya.-RT International