
BAITULMAQDIS, 3 Mac – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa kononnya perang Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran tidak akan berpanjangan.
- Netanyahu menegaskan konflik AS-Israel terhadap Iran tidak akan berpanjangan dan bertujuan mencapai keamanan.
- Netanyahu menyatakan rakyat Iran perlu menukar kerajaan selepas pembunuhan berpandukan sasaran terhadap Khamenei.
- Israel dan Amerika Syarikat dikatakan mencipta keadaan untuk memungkinkan perubahan rejim di Iran.
- Perang udara meluas; serangan Israel ke atas Lubnan dan serangan Tehran ke negara Teluk serta pangkalan AS berterusan.
“Ini bukan perang tanpa penghujung, ini adalah jalan kepada keamanan,” katanya.
Netanyahu memaklumkan bahawa terpulang kepada rakyat Iran untuk “mengubah kerajaan” susulan pembunuhan berpandukan sasaran terhadap Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei, sambil menambah bahawa Israel dan Amerika Syarikat sedang mewujudkan keadaan bagi membolehkan mereka berbuat demikian.
Perang udara antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran terus meluas, tanpa tanda-tanda berakhir apabila Israel menyerang Lubnan sebagai tindak balas terhadap serangan Hizbullah, manakala Tehran meneruskan serangan terhadap negara-negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat.-REUTERS