Rejim zionis Israel berterusan menceroboh, musnahkan struktur awam di Tebing Barat

Foto Reuters

TEBING BARAT, 21 Januari – Rejim zionis Israel berterusan menceroboh dan bertindak memusnahkan struktur awam di barat Ramallah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rejim zionis Israel terus menceroboh dan memusnahkan struktur awam di Tebing Barat, termasuk perobohan rumah bertingkat.
  • Laporan WAFA dan Suruhanjaya Penentangan merekodkan ratusan perobohan dan ribuan struktur musnah tahun lalu.
  • Kemusnahan meliputi rumah, sumber mata pencarian dan kemudahan pertanian, menjejaskan kehidupan komuniti Palestin.

Terbaharu, agensi berita Palestin, WAFA melaporkan sebuah rumah empat tingkat di bandar Shuqba dimusnahkan tentera rejim zionis menggunakan jengkaut.

Tindakan dilakukan oleh tentera rejim menerusi sokongan kenderaan berkenaan.

Israel tidak memberi sebarang maklum balas dan penjelasan ketika dihubungi Reuters

Menurut Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan, Israel telah menjalankan 538 perobohan di Tebing Barat tahun lepas,

Tindakan khianat tersebut telah mengakibatkan kemusnahan 1,400 struktur, termasuk 304 rumah yang didiami dan 74 rumah yang tidak didiami.

Kemusnahan turut melibatkan 270 struktur dan sumber mata pencarian serta 490 kemudahan pertanian.-Reuters