Puluhan terbunuh dalam serangan udara Pakistan di Afghanistan

Foto AFP

NANGARHAR, 22 Februari – Puluhan individu dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang didakwa dilancarkan Pakistan di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara yang didakwa dilancarkan oleh Pakistan membunuh puluhan di Nangarhar, Afghanistan.
  • Wanita dan kanak-kanak termasuk antara yang terkorban dan cedera dalam serangan itu.
  • Pakistan mendakwa serangan menyasarkan kumpulan militan yang beroperasi dari wilayah Afghanistan.
  • Insiden meningkatkan ketegangan antara Afghanistan dan Pakistan selepas usaha pengantaraan baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa Afghanistan, wanita dan kanak-kanak antara yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.

Seorang penduduk yang terselamat, Raees Khan, menyifatkan kejadian itu sebagai satu jenayah dan menggambarkan suasana ketika serangan seolah-olah “Hari Kiamat melanda”.

Pakistan dalam kenyataan memaklumkan serangan tersebut menyasarkan kumpulan militan yang didakwa beroperasi dari wilayah Afghanistan.

Islamabad turut menyalahkan kumpulan itu atas beberapa serangan bom bunuh diri baru-baru ini, termasuk ketika bulan Ramadan.

Sementara itu, kerajaan pimpinan Islamic Emirate of Afghanistan memaklumkan akan mengambil tindakan sewajarnya pada masa yang sesuai susulan insiden berkenaan.

Serangan itu mencetuskan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara, hanya beberapa hari selepas Kabul membebaskan tiga anggota tentera Pakistan dalam usaha pengantaraan oleh Arab Saudi bagi meredakan ketegangan di kawasan sempadan.-REUTERS