Pilihan raya AS: 2,497 calon bertanding pemilihan primer

Papan tanda kempen ketika menuju ke pusat pengundian awal pilihan raya pertengahan penggal di Cary, North Carolina/Foto AFP

WASHINGTON, 27 Oktober – Seramai 2,497 calon menyertai pemilihan primer Kongres Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 2,232 calon bertanding untuk kerusi Dewan Perwakilan.
  • 44 pertandingan Dewan Perwakilan mengulangi persaingan antara calon dua parti seperti pilihan raya 2024.
  • Jumlah meningkat kepada 474 bila termasuk pilihan raya negeri dan tempatan, menunjukkan ramai calon kembali berentap.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi sejak sekurang-kurangnya pada 2014.

Daripada jumlah itu, seramai 2,232 calon bersaing untuk merebut kerusi Dewan Perwakilan.

Pilihan raya pada 3 November ini turut menyaksikan 44 pertandingan kerusi Dewan Perwakilan mengulangi persaingan antara calon daripada dua parti utama yang sama seperti pilihan raya 2024.

Jumlah itu meningkat kepada 474 pertandingan apabila pilihan raya peringkat negeri dan tempatan turut diambil kira, dengan calon yang sama kembali bersaing merebut kerusi masing-masing.

Keadaan itu menunjukkan persaingan politik AS turut menyaksikan ramai calon kembali berentap bagi merebut kerusi yang pernah dipertandingkan sebelum ini. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.