Pilihan raya pertengahan penggal AS bakal tentukan nasib Trump

Donald Trump, berucap pada kempen di Mississippi bagi menyokong pemilihan semula Senator Cindy Hyde-Smith/Foto AFP

WASHINGTON, 27 Oktober – Rakyat Amerika Syarikat (AS) akan mengundi pada 3 November ini bagi memilih wakil Kongres, gabenor dan ribuan wakil kerajaan negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pilihan raya ini bakal menentukan sejauh mana Presiden Trump dapat meneruskan agendanya untuk baki dua tahun pentadbiran.
  • Sebanyak 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi Senat dipertandingkan; Demokrat perlukan bersih tiga kerusi Dewan, empat kerusi Senat untuk kawal Kongres.
  • Tinjauan menunjukkan Demokrat mendahului; lebih ramai pengundi berkata dasar Trump menjejaskan ekonomi, dan perbelanjaan pilihan raya dijangka mencatat rekod.

Pilihan raya pertengahan penggal itu penting kerana keputusan bakal menentukan sejauh mana Presiden Donald Trump dapat meneruskan agendanya untuk baki dua tahun pentadbiran.

Sebanyak 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi Senat dipertandingkan, selain pemilihan gabenor di 36 negeri.

Parti Demokrat memerlukan tambahan bersih tiga kerusi untuk menguasai Dewan Perwakilan.

Manakala empat kerusi diperlukan bagi mengambil alih Senat daripada Republikan.

Tinjauan PBS News, NPR dan Marist pada September lalu menunjukkan Demokrat mendahului Republikan dengan sokongan 53 peratus berbanding 41 peratus.

Dalam isu ekonomi, tinjauan NBC News pula mendapati 55 peratus pengundi berdaftar berpendapat dasar Trump menjejaskan ekonomi negara, berbanding 26 peratus yang menyatakan dasar itu membantu ekonomi.

Pilihan raya kali ini turut dijangka mencatat perbelanjaan pengiklanan sekitar 12 bilion dolar (kira-kira RM50 bilion), sekali gus mengatasi rekod pilihan raya pertengahan penggal sebelum ini pada 2022.

Keputusan pilihan raya itu bakal menentukan penguasaan Kongres serta mempengaruhi pelaksanaan dasar pentadbiran Trump sehingga penghujung penggalnya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.