
WASHINGTON, 21 Januari -Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Davos, Switzerland, terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah elektrik sejurus berlepas, malam tadi.
- Pesawat Air Force One berpatah balik selepas kru mengesan masalah elektrik sejurus berlepas.
- Pesawat mendarat selamat di Joint Base Andrews untuk pemeriksaan lanjut tanpa kecemasan.
- Trump meneruskan perjalanan ke Davos dengan pesawat lain untuk hadiri Forum Ekonomi Dunia.
Pesawat berkenaan kemudian mendarat dengan selamat di Joint Base Andrews, Maryland, bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt memaklumkan, isu teknikal itu dikenal pasti oleh kru penerbangan dan tidak melibatkan sebarang kecemasan.
“Beliau dijadual meneruskan perjalanan ke Davos menggunakan pesawat lain,” katanya.
Trump dijadual menghadiri Forum Ekonomi Dunia bagi membincangkan isu ekonomi global.
Insiden melibatkan pesawat presiden AS jarang berlaku, namun pernah direkodkan sebelum ini melibatkan faktor teknikal dan cuaca. -REUTERS