Perancis lulus RUU larang akses media sosial bagi individu bawah 15 tahun

Foto hiasan

PARIS, 27 Januari – Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RU) yang melarang kanak-kanak dan remaja berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan media sosial, berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap kesihatan mental.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perancis meluluskan rang undang-undang larang akses media sosial untuk individu bawah 15 tahun.
  • Langkah diambil berikutan kebimbangan terhadap kesan negatif media sosial pada kesihatan mental.
  • RUU akan dibentangkan ke Senat sebelum dikuatkuasakan, seiring trend global serupa.

RUU itu akan dibentangkan di Senat sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Langkah itu adalah sebahagian daripada trend global untuk menyekat akses media sosial bagi kanak-kanak, didorong oleh peningkatan bukti mengenai kesan burukya terhadap kesihatan mental.

Undang-undang serupa turut diluluskan di Australia pada akhir tahun lalu. Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkannya sebagai “langkah penting” untuk melindungi kanak-kanak dan remaja di negara itu.- BERNAMA-XINHUA