Malaysia sumbang AS$1 juta kepada UNRWA

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Malaysia berikrar untuk menyumbang US$1 juta (US$1=RM4.07) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada persidangan penderma UNRWA di New York pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia menyokong peranan utama UNRWA dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan perlindungan kepada pelarian Palestin.
  • Sumbangan akan diagihkan setiap tahun sebanyak US$200,000 dari 2026 hingga 2030 sebagai manifestasi nilai Amanah dan Belas Kasihan Malaysia MADANI.
  • Kementerian Luar menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menyokong UNRWA supaya ia dapat memenuhi mandatnya kepada rakyat Palestin.
  • Sokongan Malaysia menumpukan kepada program yang menyelamatkan nyawa serta perkhidmatan asas untuk melindungi dan membina ketahanan pelarian Palestin.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata Malaysia terus menyokong kuat UNRWA dan peranan utamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perlindungan yang menyelamatkan nyawa kepada pelarian Palestin.

“Sumbangan itu akan diagihkan setiap tahun dalam jumlah US$200,000 dari 2026 hingga 2030. Usaha ini ialah manifestasi nilai Amanah dan Belas Kasihan dalam rangka kerja Malaysia MADANI,” katanya.

Malaysia akan terus menyokong UNRWA supaya ia dapat memenuhi mandatnya terhadap rakyat Palestin, tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.