Lubnan haramkan aktiviti ketenteraan Hizbullah

Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam/REUTERS

BEIRUT, 3 Mac – Kerajaan Lubnan pada Isnin mengharamkan semua aktiviti ketenteraan oleh kumpulan Hizbullah selepas kumpulan itu melancarkan serangan terhadap Israel bertujuan membalas kematian pemimpin tertinggi Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Lubnan mengharamkan semua aktiviti ketenteraan Hizbullah yang dilakukan di luar undang-undang negara.
  • Perdana Menteri Nawaf Salam menegaskan keputusan perang dan keamanan adalah hak eksklusif negara Lubnan.
  • Hizbullah dikehendaki menyerahkan senjata kepada negara selepas serangan yang dikaitkan dengan balas dendam terhadap Israel.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat kabinet, Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam berkata negara itu menolak sebarang tindakan ketenteraan yang dilancarkan dari wilayah Lubnan dan menegaskan bahawa keputusan perang dan keamanan adalah hak eksklusif negara itu.

“Ini menuntut pengharaman segera semua aktiviti keselamatan dan ketenteraan Hezbollah yang berada di luar undang-undang, dan mewajibkannya menyerahkan senjatanya kepada negara Lubnan,” tambah beliau.

Israel mendakwa Hizbullah bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan dan mengisytiharkan pemimpin kumpulan berkenaan , Naim Qassem, sebagai “sasaran untuk disingkirkan.” – REUTERS