
BAABDA, 3 Mac – Rejim zionis Israel memperhebatkan serangannya terhadap Lubnan dalam konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
- Israel memperhebatkan serangan ke Lubnan, menyebabkan letupan besar dan kepulan asap di pinggir selatan Beirut.
- Tentera Israel memaklumkan mereka membunuh seorang anggota kanan Hizbullah di Beirut.
- Butiran lanjut mengenai operasi pembunuhan itu tidak didedahkan oleh tentera Israel.
- Israel tidak merancang penghantaran tentera darat susulan larangan kerajaan Lubnan terhadap aktiviti ketenteraan Hezbollah.
Letupan besar dan kepulan asap tebal kelihatan di langit pinggir selatan Beirut dari Baabda, pada malam Isnin.
Tentera Israel pada Isnin memaklumkan mereka telah membunuh seorang anggota kanan Hizbullah di Beirut, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Menurut pegawai tentera tertinggi Israel, negara itu tidak merancang untuk melaksanakan penghantaran tentera, susulan larangan kerajaan Lubnan yang mengharamkan sebarang aktiviti ketenteraan oleh Hezbollah. – REUTERS