Lima maut digilis kereta api di Bangladesh

Bangladesh sering berdepan kerosakan tren kereta api akibat infrastruktur uzur dan penyelenggaraan tidak mencukupi/Gambar fail AFP 2023

DHAKA, 28 Mac – Lima orang maut digilis kereta api di Daerah Tangail, kira-kira 97 km dari ibu negara Dhaka, pada Jumaat malam, lapor Xinhua yang memetik polis tempatan pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bas kehabisan minyak dan berhenti di tepi jalan.
  • Pemandu dan kelindan pergi mendapatkan minyak, meninggalkan penumpang menunggu.
  • Beberapa penumpang duduk atau berjalan di landasan kereta api berhampiran sebelum kemalangan.
  • Kereta api dari arah Dhaka melanggar mereka; dua lagi dilaporkan cedera parah.

Dua lagi dilaporkan cedera parah, kata Mizanur Rahman, sub-inspektor di pos luar Stesen Kereta Api Tangail.

Menurut pegawai itu, nahas berlaku kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan pada Jumaat apabila sebuah bas yang menuju ke Dhaka kehabisan minyak dan terhenti di tepi jalan.

Pemandu dan kelindannya pergi untuk mendapatkan bekalan minyak, meninggalkan penumpang menunggu. Beberapa penumpang turun dari bas dan duduk atau berjalan di landasan kereta api berhampiran sebelum sebuah kereta api dari arah Dhaka melanggar mereka, katanya. -BERNAMA-XINHUA