Laut China Selatan: Pakar gesa CoC disegerakan

FOTO REUTERS

CHINA, 6 Jun – Isu Laut China Selatan terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila para akademik dan pakar maritim menggesa agar Kod Tatakelakuan (CoC) disegerakan demi menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persidangan akademik di Dalian dihadiri kira-kira 80 pakar universiti dan badan pemikir.
  • Panel menyifatkan keputusan timbang tara terdahulu mengetepikan fakta sebenar dan bercanggah dengan UNCLOS.
  • Gao Zhiguo mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas untuk menerajui kerjasama serantau.
  • Langkah itu penting untuk membina komuniti maritim harmoni dan kurangkan ketegangan tanpa menjejaskan kedaulatan.

Perkara itu dizahirkan dalam satu persidangan pertukaran akademik mengenai tadbir urus dan pembangunan lautan yang dihadiri kira-kira 80 pakar dari pelbagai universiti serta badan pemikir di Dalian, wilayah Liaoning di sini.

Dalam persidangan tersebut, para panel turut menyifatkan keputusan timbang tara terdahulu sebagai mengetepikan fakta sebenar dan bertentangan dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Sehubungan itu, Ketua Pakar Badan Pemikir Universiti Maritim Dalian, Gao Zhiguo mencadangkan penubuhan segera sebuah jawatankuasa khas bagi menerajui kerjasama serantau.

Langkah berkenaan penting dalam membina komuniti maritim masa depan yang harmoni, sekali gus mengurangkan ketegangan geopolitik tanpa menjejaskan hak kedaulatan mana-mana negara. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.