Korea Selatan jamin bekalan minyak mentah mencukupi hingga hujung tahun

Salah sebuah stesen minyak di Seoul/Foto REUTERS

SEOUL, 15 April – Korea Selatan mendapatkan bekalan sebanyak 273 juta tong minyak mentah daripada empat negara Asia Barat sehingga hujung tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperoleh 2.1 juta tan nafta bagi tempoh sama untuk memastikan kestabilan bekalan tenaga.
  • Ketua Staf Presiden Kang Hoon-sik mengumumkan langkah itu dalam sidang media.
  • Tindakan itu bertujuan mengukuhkan jaminan bekalan susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik Asia Barat.

Ketua Staf Presiden, Kang Hoon-sik berkata negara itu turut memperoleh 2.1 juta tan nafta bagi tempoh sama sebagai langkah memastikan kestabilan bekalan tenaga.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media hari ini.

Langkah itu dilihat sebagai usaha Korea Selatan memperkukuh jaminan bekalan tenaga susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik di Asia Barat. – REUTERS