
BEIRUT, 17 Mei – Angka kematian akibat serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 2,969 orang sejak 2 Mac lalu.
- 9,112 orang dilaporkan cedera akibat serangan, menurut Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan.
- Serangan pada Sabtu menyasarkan kawasan selatan termasuk Tyre dan Nabatieh, mengakibatkan beberapa lagi terkorban.
- IDF melancarkan serangan terhadap kira-kira 100 sasaran Hizbullah termasuk pos pemantauan dan gudang senjata, dua anggota terbunuh.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan, seramai 9,112 orang lagi cedera dalam tempoh sama.
Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pula melaporkan serangan Israel pada Sabtu turut menyasarkan beberapa kawasan di selatan negara itu, termasuk Tyre dan Nabatieh, yang mengakibatkan beberapa orang lagi terkorban.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bertindak melancarkan serangan terhadap kira-kira 100 sasaran Hizbullah di selatan Lubnan pada hujung minggu ini, termasuk pos pemantauan, gudang senjata dan infrastruktur lain. Dua anggota Hizbullah turut terkorban dalam di sebuah tapak pelancaran roket.
Ketegangan terus berlaku meskipun gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 16 dan 17 April lalu telah dilanjutkan selama tiga minggu, sebelum disambung lagi selama 45 hari.-REUTERS