
KUALA LUMPUR, 28 Februari – Tindakan Israel menyerang Iran berpotensi mengheret rantau Asia Barat ke kancah peperangan yang lebih dahsyat serta melibatkan kuasa-kuasa besar dunia.
- Serangan Israel terhadap Iran boleh memburukkan lagi ketegangan serantau dan melibatkan lebih ramai pihak.
- Konflik ini berisiko menarik campur tangan kuasa besar seperti China dan Rusia.
- Tindakan balas Iran mungkin sasar kepentingan Amerika Syarikat dan serangan langsung ke atas Israel.
- Diplomasi dan rundingan damai ditekankan untuk elak kesan buruk ekonomi dan keselamatan global.
Pakar Geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, serangan tersebut bukan sahaja memburukkan ketegangan sedia ada, malah berisiko menarik campur tangan negara-negara kuasa besar seperti China dan Rusia.
Katanya, kedua-dua pihak kini berada dalam fasa genting dan sebarang tindak tanduk kecil boleh menyebabkan tercetus konflik yang lebih besar .
“Iran tidak berseorangan kerana yang memulakan nya adalah Israel dan Amerika Syarikat .Negara negara arab sudah pasti berada di belakang Iran dan juga kuasa besar seperti China dan Rusia mmg dikatakan di belakang iran.jadi konflik ini mungkin tidak terhad kepada Iran,Israel sahaja tetapi sebahagian besar Asia Barat.kerana itulah janji janji Iran.
“Serang kami,kami akan serang balik kepentingan Amerika Syarikat di Asia Barat dan kami juga akan menyerang Israel secara langung,”katanya ketika dihubungi RTM.
Beliau turut memberi amaran bahawa kegagalan mengawal konflik tersebut boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan keselamatan global, termasuk gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan pasaran dunia.
Sehubungan itu, beliau menegaskan pendekatan diplomasi dan rundingan damai merupakan jalan terbaik bagi memastikan kestabilan rantau Asia Barat dapat dipertahankan dan dikekalkan.