Konflik Asia Barat: G7 adakan perbincangan, selaras harga minyak

Pesuruhjaya Ekonomi Eropah, Valdis Dombrovskis. /Foto REUTERS

BRUSSELS, 9 Mac– Menteri-menteri tenaga G7 telah mengadakan perbincangan bagi menyelaras tindakan terhadap harga minyak susulan konflik Asia barat yang kian meruncing.

RINGKASAN BERITA AI
  • G7 setuju menyelaraskan tindakan terhadap harga minyak termasuk pembebasan rizab minyak strategik.
  • Perbincangan akan diteruskan hari ini.
  • Dombrovskis kata implikasi dasar bergantung pada tempoh, skop dan intensiti konflik di Teluk.
  • Harga minyak meningkat ketara; Brent dan penanda aras AS melonjak sekitar US$114, naik lebih 20 peratus.

Pesuruhjaya Ekonomi Eropah, Valdis Dombrovskis memaklumkan, kumpulan itu bersetuju untuk menyelaraskan tindakan mengenai harga minyak termasuk pembebasan rizab minyak secara strategik.

Menurut beliau perbincangan akan diteruskan hari ini.

Dombrovskis dalam pada itu turut menyatakan implikasi dasar lonjakan harga akan bergantung kepada tempoh, skop, intensiti konflik di rantau Teluk.

Harga minyak mentah Brent didagangkan pada US$114.78 setong, manakala penanda aras minyak mentah Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada hampir US$114.00.

Kedua-dua harga berkenaan meningkat lebih 20 peratus berbanding harga penutup pada Jumaat. -REUTERS