
GENEVA, 16 Februari -Sebuah kereta api tergelincir awal pagi Isnin di selatan Switzerland, dengan pihak berkuasa memaklumkan kemungkinan terdapat mangsa yang cedera.
- Kereta api tergelincir awal pagi Isnin di selatan Switzerland, di kawasan Goppenstein.
- Pihak polis mengesahkan kemungkinan terdapat mangsa yang cedera.
- Maklumat lanjut mengenai kejadian akan diumumkan dari semasa ke semasa.
- Perkhidmatan antara Goppenstein dan Brig tergendala akibat runtuhan salji.
Polis wilayah dalam kenyataan di X memaklumkan, kejadian berlaku sekitar pukul 7.00 pagi waktu tempatan di Goppenstein.
“Kereta api tergelincir, berkemungkinan melibatkan kecederaan,” menurut kenyataan itu, sambil menambah maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Ketika dihubungi AFP, pihak polis memaklumkan tiada butiran lanjut dapat diberikan setakat ini.
Sementara itu, pengendali kereta api persekutuan Swiss Federal Railways (CFF) memaklumkan di laman sesawangnya bahawa perkhidmatan kereta api antara Goppenstein dan Brig tergendala akibat runtuhan salji (avalanche). – AFP