Kebakaran bilik muzik, beberapa pelajar sesak nafas

Foto REUTERS

TOKYO, 19 Jun – Sebuah sekolah rendah di utara Tokyo terpaksa dikosongkan pada Jumaat selepas kebakaran berlaku di bilik muzik di tingkat empat bangunan tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa pelajar mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.
  • Sekitar 300 pelajar dan kakitangan berada di dalam premis ketika kebakaran bermula.
  • Punca kebakaran masih dalam siasatan.
  • Rakaman memaparkan anggota bomba memanjat melalui tingkap bangunan sekolah.

Menurut penyiar awam NHK, beberapa pelajar dilaporkan mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.

“Dalam kejadian di Sekolah Rendah Takinogawa Daisan itu, kira-kira 300 pelajar dan kakitangan dilaporkan berada di dalam premis berkenaan ketika kejadian berlaku,” menurut laporan itu.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Terdahulu, rakaman udara yang disiarkan stesen penyiaran tempatan menunjukkan anggota bomba memanjat melalui tingkap rosak di tingkat tiga dan empat sekolah berkenaan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.