Kapal perang AS berlabuh untuk pembaikan

Kapal perang USS Gerald R. Ford berlabuh di Croatia untuk pembaikan. Foto REUTERS

CROATIA, 28 Mac – Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Gerald R. Ford, berlabuh di pelabuhan Adriatik di Split, di sini pada Sabtu bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beroperasi di Laut Merah menyokong Operasi Epic Fury menentang Iran selepas penugasan melibatkan Caribbean dan Asia Barat.
  • Masalah sistem paip menjejaskan hampir 650 tandas di atas kapal, memberi kesan besar kepada kemudahan perkhidmatan.
  • Kebakaran bukan berkaitan pertempuran di bilik dobi utama pada 12 Mac menyebabkan beberapa anggota laut cedera.

Kapal Gerald R. Ford yang terbaharu dan terbesar di dunia, sebelum ini beroperasi di Laut Merah bagi menyokong Operasi Epic Fury menentang Iran.

Kapal perang itu telah dikerahkan selama sembilan bulan, termasuk terlibat dalam operasi menentang Venezuela di Caribbean sebelum tiba di Asia Barat.

Sepanjang penugasannya, kapal tersebut berdepan masalah sistem paip, yang menjejaskan hampir 650 tandas di atas kapal.

Satu kebakaran bukan berkaitan pertempuran turut berlaku di bilik dobi utama kapal itu pada 12 Mac lalu, menyebabkan beberapa anggota laut cedera.

Sebelum berlepas ke Croatia, kapal tersebut singgah di Souda Bay di Pulau Crete, Greece.

Lebih 5,000 anggota laut bertugas di atas kapal berkenaan yang mengendalikan lebih 75 pesawat tentera termasuk jet pejuang F/A-18 Super Hornet. – REUTERS