
TOKYO, 9 Februari – Jepun menghidupkan semula loji kuasa nuklear terbesar di dunia selepas percubaan terdahulu ditangguhkan ekoran gangguan kecil.
- Loji Kashiwazaki-Kariwa, loji nuklear terbesar dunia, telah dihidupkan semula selepas gangguan kecil yang menangguhkan percubaan.
- Operasi komersial dijangka bermula pada atau selepas 18 Mac selepas pemeriksaan komprehensif dijalankan.
- Jepun mengutamakan tenaga nuklear untuk kurangkan kebergantungan bahan api fosil dan capai neutral karbon 2050.
Menurut kenyataan Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO), loji tersebut iaitu Loji Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata beroperasi semula pada pukul 2.00 petang ini waktu tempatan.
Gangguan yang berlaku pada Januari lalu memaksa penangguhan operasi semula pertamanya sejak bencana Fukushima 2011.
Fasiliti itu telah ditutup sejak Jepun menghentikan bekalan kuasa nuklear selepas gempa bumi dan tsunami dahsyat menyebabkan tiga reaktor di loji atom Fukushima mengalami keruntuhan.
Menurut pegawai TEPCO, operasi komersial akan bermula pada atau selepas 18 Mac selepas pemeriksaan komprehensif yang lain
Jepun kini beralih kepada tenaga atom untuk mengurangkan pergantungannya pada bahan api fosil, mencapai sasaran menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 dan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat.
Perdana Menteri Sanae Takaichi telah mempromosikan kuasa nuklear untuk memperkasakan gergasi ekonomi Asia itu. – AFP