
LUBNAN, 10 Mac– Tentera Israel meningkatkan penempatan aset ketenteraan berhampiran sempadan Lubnan, ketika operasi terhadap kumpulan Hezbollah terus berlangsung.
- Rakaman video menunjukkan beberapa kereta kebal dan kenderaan berperisai Israel di sempadan utara.
- Dua anggota tentera Israel terbunuh di selatan Lubnan, kematian pertama sejak pertempuran dengan Hezbollah kembali tercetus.
- Ketegangan meningkat selepas Hezbollah melancarkan serangan roket ke arah Israel sebagai tindak balas atas kekejaman Zionis.
Rakaman video menunjukkan beberapa kereta kebal serta kenderaan berperisai tentera Israel berada di kawasan sempadan di utara.
Sebahagian kenderaan tentera turut dilihat bergerak mengambil posisi berhampiran kawasan sempadan tersebut.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan kenderaan berperisai Israel turut dilihat berada di selatan Lubnan pada Jumaat lalu, dengan bunyi tembakan kedengaran.
Tentera Israel pada Ahad memaklumkan, dua anggotanya terbunuh di selatan Lubnan, kematian pertama dalam kalangan tenteranya sejak pertempuran dengan Hezbollah kembali tercetus.
Ketegangan meningkat selepas Hezbollah melancarkan serangan roket ke arah Israel, sebagai tindak balas atas kekejaman Zionis.
Insiden itu mencetuskan operasi ketenteraan baharu Israel terhadap kumpulan tersebut.
Hezbollah ditubuhkan pada 1982 dengan sokongan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC). -REUTERS