
ISTANBUL, 4 April – Iran meluluskan pada Sabtu laluan kapal yang membawa barangan kemanusiaan dan keperluan asas melalui Selat Hormuz, menurut sepucuk surat daripada pejabat pembangunan perdagangan Kementerian Pertanian, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.
- Arahan disokong oleh kerajaan dan angkatan tentera, mengukuhkan pengurusan laluan bagi kapal bantuan.
- Kapal yang dibenarkan membawa barangan keperluan asas dan makanan ternakan mengikut protokol ditetapkan.
- Persatuan industri memaklumkan syarikat ahli agar meneruskan penghantaran kargo ke pelabuhan selatan Iran.
- Ketegangan serantau meningkat selepas serangan AS dan Israel 28 Feb, diikuti tindakan balas dron serta peluru berpandu Iran.
Disokong oleh kerajaan dan angkatan tentera, arahan itu membenarkan kapal yang membawa barangan keperluan asas dan makanan ternakan melalui laluan itu mengikut protokol yang ditetapkan, menurut laporan itu.
Susulan kelulusan tersebut, persatuan industri memaklumkan kepada syarikat ahli masing-masing agar meneruskan penghantaran kapal kargo ke pelabuhan di selatan Iran selepas sekatan sebelum ini ditarik balik, menurut laporan itu lagi.
Ketegangan di rantau itu semakin meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang setakat ini meragut nyawa lebih 1,340 orang, termasuk pemimpin ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negaraTeluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.- BERNAMA-ANADOLU