Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15

Foto AFP

ISTANBUL, 22 Mac – Iran pada Ahad mendakwa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 berhampiran Pulau Hormuz di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita separa rasmi ISNA.

RINGKASAN BERITA AI
  • Markas Pemerintah Pertahanan Udara Bersama Iran berkata pesawat dipintas di ruang udara pantai selatan negara.
  • Pesawat sempat melancarkan peluru berpandu sebelum menjadi sasaran sistem pertahanan udara Iran.
  • Tiada pengesahan bebas dan tiada butiran lanjut mengenai nasib juruterbang atau serpihan bangkai.
  • Ketegangan serantau meningkat sejak serangan bersama AS-Israel 28 Feb, mengorbankan lebih 1,300 orang termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.

Memetik kenyataan Markas Pemerintah Pertahanan Udara Bersama Iran, pesawat perang itu dipintas di ruang udara pantai selatan negara itu berhampiran Pulau Hormuz.

Menurut kenyataan itu, pesawat berkenaan sempat melancarkan peluru berpandu sebelum menjadi sasaran sistem pertahanan udara Iran.

Tiada pengesahan segera daripada sumber lain, dan tiada butiran lanjut diberikan mengenai nasib juruterbang atau serpihan bangkai pesawat itu.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feblepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.- BERNAMA-ANADOLU