Insiden tembakan di Texas ragut dua nyawa, 10 cedera

Foto hiasan

NEW YORK, 13 Jun – Satu insiden tembakan di Midland, negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) mengorbankan dua individu dan mencederakan 10 yang lain pada pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden penembak aktif diselesaikan; suspek disahkan maut selepas berdepan pihak berkuasa, menurut Datuk Bandar Midland.
  • Sembilan mangsa dibawa ke Hospital Memorial Midland; empat menjalani pembedahan dan lima dibenarkan keluar.
  • Suspek diidentifikasi sebagai Victor Mata Villarreal, dikehendaki atas tuduhan cubaan membunuh pegawai polis selepas didakwa melepaskan tembakan ke arah polis.

Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek turut disahkan maut selepas berdepan pihak berkuasa, kata Datuk Bandar Midland Lori Blong.

“Insiden penembak aktif telah diselesaikan dan suspek disahkan meninggal dunia,” menurut kenyataan pihak berkuasa Bandar Midland di Facebook.

Insiden tembakan itu bermula di tenggara Midland sebelum melarat ke bahagian selatan bandar itu. Sembilan mangsa dibawa ke Hospital Memorial Midland dengan empat daripadanya menjalani pembedahan, kata jurucakap hospital berkenaan. Lima mangsa yang berada dalam keadaan stabil telah dibenarkan keluar dari hospital.

Suspek, Victor Mata Villarreal, 45, dikehendaki pihak berkuasa atas tuduhan cubaan membunuh pegawai polis selepas didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis pada Rabu, menurut Jabatan Keselamatan Awam Texas.

— BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.