IAEA adakan mesyuarat khas susulan serangan ke atas Iran

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi /FOTO AFP

IENNA, 2 Mac – Wakil negara anggota agensi nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu mengadakan mesyuarat luar biasa pada Isnin susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat luar biasa IAEA diadakan susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran atas permintaan Rusia dan Iran.
  • Mesyuarat berlangsung sebelum sesi tetap Lembaga Gabenor IAEA yang mewakili 35 negara.
  • IAEA memantau rapat situasi nuklear Asia Barat dan menggesa semua pihak menahan diri untuk keselamatan awam.

Mesyuarat itu diadakan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) selepas diminta Rusia dan Iran.

Ia berlangsung sebelum sesi tetap Lembaga Gabenor IAEA yang mewakili 35 negara.

Susulan serangan itu, IAEA yang memantau program nuklear Iran memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat situasi di Asia Barat.

Selain, menggesa semua pihak menahan diri bagi mengelakkan risiko keselamatan nuklear kepada penduduk rantau berkenaan. – AFP