
HAVANA, 8 Februari – Keadaan di Havana lengang selepas Kerajaan Cuba mengumumkan catuan pembelian petrol, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) memutuskan bekalan minyak ke pulau Caribbean itu.
- Keadaan di Havana lengang selepas pengumuman catuan pembelian petrol.
- Langkah dibuat selepas AS memutuskan bekalan minyak kepada Cuba.
- Catuan bertujuan prioritaskan sektor utama seperti pertanian, pendidikan dan kesihatan.
- Had pembelian 20 liter setiap pelanggan melalui platform Ticket; jualan tertentu ditangguh.
Perkara itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selain mengancam untuk mengenakan cukai import ke atas produk AS dari mana-mana negara yang mengeksport bahan api ke Cuba.
Menteri-menteri kerajaan menyatakan bahawa langkah itu bertujuan untuk memastikan bekalan bahan api mencukupi bagi sektor utama, termasuk pengeluaran pertanian, pendidikan, bekalan air, kesihatan dan pertahanan.
Menteri Perdagangan, Oscar Perez-Oliva, berkata pemandu akan mengalami pengurangan bekalan di stesen minyak sehingga situasi kembali seperti biasa.
Syarikat milik kerajaan, CIMEX turut mengumumkan bahawa jualan petrol dalam peso Cuba dan jualan diesel dalam dolar AS kepada orang ramai ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Menurut laporan media Cuba, bermula Sabtu platform Ticket digunakan untuk menguruskan jualan petrol, dengan had pembelian 20 liter bagi setiap pelanggan.- REUTERS