Harga minyak menjunam susulan kenyataan Trump mengenai Iran

Foto fail/AFP

HONG KONG, 2 Februari -Harga minyak dunia merosot ketara pada Isnin selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan keyakinan untuk mencapai perjanjian dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga minyak dunia merosot ketara susulan kenyataan Trump tentang keyakinan mencapai perjanjian dengan Iran.
  • Keputusan Trump meredakan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.
  • WTI turun 3.4 peratus kepada AS$62.99 setong, menunjukkan jualan besar di pasaran Amerika.
  • Harapan penyelesaian diplomatik memberi tekanan ke atas harga minyak global, menjejaskan sentimen pasaran.

Ia sekali gus meredakan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik antara kedua-dua negara di rantau itu.

Minyak mentah penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), jatuh 3.4 peratus kepada AS$62.99 setong.

Manakala minyak mentah Brent susut 3.2 peratus kepada AS$67.09 setong dalam dagangan awal Asia susulan kenyataan Trump.

Pasaran sebelum ini bimbang ketegangan geopolitik antara Washington dan Tehran berpotensi menjejaskan bekalan minyak global.

Bagaimanapun harapan terhadap penyelesaian diplomatik memberi tekanan kepada harga komoditi itu. – AFP