Harga minyak ditutup tinggi di tengah-tengah kejutan di Venezuela

Foto AFP

NEW YORK, 6 Januari- Harga minyak meningkat pada Isnin apabila pasaran mempertimbangkan kesan kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela berbanding kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejutan geopolitik susulan operasi ketenteraan AS dan penahanan Presiden Venezuela meningkatkan risiko pasaran minyak.
  • Harga minyak meningkat, WTI naik kira-kira 1.74% manakala Brent meningkat kira-kira 1.66% pada penutupan.
  • Ketidaktentuan yang memuncak di pasaran menyokong lonjakan harga walaupun kebimbangan lebihan bekalan berterusan.

Minyak West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari meningkat satu dolar AS atau 1.74 peratus, untuk ditutup pada 58.32 dolar setong di di Bursa Komoditi New York.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Mac pula meningkat 1.01 dolar atau 1.66 peratus, untuk ditutup pada 61.76 dolar setong di Bursa Niaga Hadapan ICE London.

Peserta pasaran sedang memantau rapi kesan daripada serangan AS dan penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

“Peristiwa ini telah meningkatkan risiko geopolitik,” kata peniaga tenaga kanan di CIBC Private Wealth Group, Rebecca Babin sambil menyatakan ketidaktentuan yang memuncak itu menyokong lonjakan harga pada Isnin. -BERNAMA-XINHUA