Gempa bumi 6.0 magnitud landa kepulauan Talaud, Indonesia

Foto FB Jabatan Meteorologi Malaysia

JAKARTA, 4 April – Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda kepulauan Talaud, utara Indonesia pada Sabtu, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada laporan kecederaan atau kerosakan setakat ini.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 99 km, kira-kira 90 km tenggara Sarangani, pulau Mindanao, Filipina.
  • BMKG menegaskan tiada ancaman tsunami; rantau ini berada dalam Lingkaran Api Pasifik.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 99 kilometer (km), kira-kira 90 km tenggara wilayah Sarangani di pulau Mindanao, Filipina.

Pegawai bencana wilayah, Harry Sauro, memberitahu AFP bahawa hanya sedikit gegaran dirasai dan tiada laporan kerosakan atau kecederaan.

Indonesia, Filipina dan negara jiran lain, terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang sering mengalami aktiviti seismik dari Jepun hingga Asia Tenggara dan merentasi Lautan Pasifik.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) menegaskan tiada ancaman tsunami susulan gempa berkenaan.

Gempa bumi berukuran 9.1 magnitud melanda Aceh pada tahun 2004, sekali gus mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 nyawa di Indonesia.-AFP