EU isytihar Pengawal Revolusi Iran sebagai pengganas

Lebih 3,000 terkorban dalam protes di Tehran. Foto/AFP

BRUSSELS, 30 Januari – Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis bersetuju untuk mengisytihar Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas susulan tindakan keras terhadap peserta protes di Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • EU mengisytiharkan Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas susulan tindakan keras terhadap peserta protes di Tehran.
  • Keputusan diumumkan selepas mesyuarat Menteri Luar EU dan kenyataan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.
  • Langkah termasuk larangan visa dan pembekuan aset terhadap 21 entiti dan pegawai Iran oleh 27 negara blok.
  • Protes bermula kerana masalah ekonomi tetapi berkembang menjadi seruan untuk menggulingkan kerajaan.

“Rejim ini patut dipanggil pengganas kerana menghancurkan rakyatnya sendiri dengan darah semasa protes besar-besaran,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen selepas mesyuarat Menteri Luar EU.

Tindakan EU itu disusuli dengan larangan penggunaan visa dan pembekuan aset ke atas 21 entiti negara Iran dan pegawainya oleh 27 negara blok berkenaan.

Terdahulu pihak berkuasa Iran mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban dalam protes besar-besaran di Tehran meningkat lebih 3,000 orang.

Protes di Iran pada awalnya tercetus akibat kekecewaan terhadap masalah ekonomi seperti peningkatan inflasi, penyusutan mata wang Iran  dan  kenaikan harga makanan.

Namun protes itu berkembang ke arah seruan untuk menggulingkan kerajaan.

Tindakan EU terhadap IRGC dibuat selepas Perancis mengumumkan keputusan sama pada Rabu. -AFP