Enam maut dalam beberapa siri tembakan di Iowa

Lokasi insiden tembakan / Foto REUTERS

IOWA, 2 Jun – Enam orang maut dalam insiden tembakan di bandar Muscatine timur Iowa, Amerika Syarikat, menurut kenyataan pihak polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek Ryan Willis McFarland, 52, dikenalpasti sebagai penduduk bandar itu dan dipercayai pelaku serangan.
  • Serangan berlaku di dua rumah dan sebuah premis perniagaan; empat mangsa ditemui di satu rumah, seorang di rumah lain, seorang di premis.
  • Siasatan awal menyatakan keganasan berpunca daripada pertikaian rumah tangga dan mangsa dipercayai ahli keluarga suspek; suspek menembak diri ketika berdepan polis.

Suspek lelaki membunuh dirinya sendiri ketika berdepan dengan anggota polis selepas melancarkan beberapa siri serangan di dua rumah dan sebuah premis perniagaan.

Empat mangsa ditemukan di sebuah rumah, seorang ditemui di rumah berasingan manakala seorang lagi ditemui di premis berhampiran.

Siasatan awal mendapati, keganasan itu berpunca daripada pertikaian berkaitan rumah tangga dan kesemua mangsa dipercayai ahli keluarga suspek.

Suspek dikenal pasti sebagai Ryan Willis McFarland, 52, berasal dari bandar yang sama.

Penyiasat berkata, suspek telah melarikan diri sebelum anggota polis tiba di lokasi, namun dapat dikesan di Riverfront Trail berhampiran sebuah jambatan pejalan kaki, sebelum lelaki itu menembak dirinya ketika berdepan polis.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.