
TAIWAN, 2 Jun – Dua juruterbang Tentera Udara Taiwan terkorban pada Selasa selepas sebuah pesawat latihan terhempas ketika menjalankan misi latihan di Pangkalan Udara Gangshan di selatan Taiwan, menurut kenyataan rasmi.
- Pesawat T-34 sedang dikendalikan untuk latihan simulasi kegagalan enjin sebelum terhempas berhampiran hujung utara landasan.
- Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat punca sebenar kemalangan.
- William Lai Ching-te memuat naik kenyataan di Facebook mengenai kejadian.
- Lai menyampaikan ucapan takziah, menyifatkan insiden sebagai 'tragedi mengejut' dan berterima kasih atas khidmat serta pengorbanan.
Pesawat jenis T-34 itu sedang dikendalikan bagi latihan simulasi kegagalan enjin sebelum ia terhempas berhampiran hujung utara landasan, kata pemimpin Taiwan William Lai Ching-te dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial, Facebook.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.
Sementara itu, Lai menyampaikan ucapan takziah atas pemergian kedua-dua juruterbang itu, sambil menyifatkan insiden berkenaan sebagai “tragedi mengejut” dan berterima kasih atas khidmat serta pengorbanan mereka. – BERNAMA