
BEIJING, 11 Julai – Pihak berkuasa China menggesa siasatan segera dijalankan terhadap kebakaran di sebuah kilang kasut di Jinjiang, Wilayah Fujian yang mengorbankan 28 pekerja.
- Kebakaran berlaku kira-kira tengah hari di bangunan lima tingkat; 239 pekerja berada dalam premis.
- 213 pekerja diselamatkan; dua meninggal di hospital dan 26 ditemukan maut di lokasi kejadian.
- Siasatan awal mendapati bahan pembuatan kasut dan pelekat disimpan di tingkat bawah serta laluan tangga kecemasan.
- Polis menahan pemilik kilang dan beberapa individu, serta membekukan akaun syarikat bagi membantu siasatan.
Kebakaran itu berlaku kira-kira tengah hari Khamis di sebuah bangunan lima tingkat ketika 239 pekerja berada di dalam premis berkenaan.
Tragedi itu dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi aspek keselamatan.
Dalam kejadian itu, 213 pekerja berjaya diselamatkan, manakala dua mangsa meninggal dunia di hospital dan 26 lagi ditemukan maut di lokasi kejadian.
Lebih 500 anggota penyelamat bersama 35 jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
Susulan kejadian itu, polis menahan pemilik kilang serta beberapa individu lain yang dipercayai bertanggungjawab, selain membekukan akaun syarikat bagi membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati bahan mudah terbakar termasuk bahan pembuatan kasut dan pelekat disimpan di tingkat bawah serta di laluan tangga kecemasan.
Keadaan itu sekali gus menghalang laluan keluar dan menyebabkan api merebak dengan pantas.
Kerajaan Wilayah Fujian turut menubuhkan beberapa pasukan khas bagi menjalankan siasatan serta menguruskan bantuan kepada mangsa dan keluarga yang terjejas. – REUTERS