China beri amaran jika Australia ambil semula Pelabuhan Darwin

Gambar udara Pelabuhan Darwin dengan pusat perniagaan Darwin (CBD) di hadapan, 10 Ogos 2025 / William WEST / AFP)

SYDNEY, 29 Januari- China memberi amaran akan bertindak untuk melindungi kepentingan syarikatnya sekiranya Australia mengambil semula kawalan atas Pelabuhan Darwin di utara negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • China berjanji ambil tindakan untuk lindungi kepentingan syarikatnya jika Australia ambil semula Pelabuhan Darwin.
  • Duta China, Xiao Qian, memberi amaran kemungkinan kesan terhadap pelaburan dan perdagangan syarikat China di Darwin.
  • Pelabuhan Darwin mempunyai kepentingan strategik, pernah digunakan sebagai pangkalan tentera AS dan dekat Asia Tenggara.

Syarikat China, Landbridge Group, diberikan pajakan 99 tahun ke atas pelabuhan itu pada 2015, namun, tahun lepas, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berjanji untuk membeli semula kawalan atas alasan keselamatan dan kepentingan ekonomi negara.

“Jika Landbridge diarah melepaskan pajakan itu, kami akan mengambil langkah bagi melindungi kepentingan kami,” kata Duta China ke Australia, Xiao Qian.

Beliau menambah tindakan itu boleh menjejaskan pelaburan dan perdagangan syarikat China di Darwin.

Pelabuhan Darwin terletak di utara Australia berhampiran negara-negara Asia Tenggara dan pernah digunakan sebagai pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, bekas Presiden AS, Barack Obama dilaporkan kecewa kerana Washington tidak diberitahu mengenai rancangan Australia bekerjasama dengan Landbridge. -AFP