CCG dedah rakaman operasi penguatkuasaan berhampiran Diaoyu Dao

FOTO REUTERS

BEIJING, 1 Februari – Pengawal Pantai China (China Coast Guard, CCG) pada Ahad buat pertama kali menyiarkan rakaman video operasi penguatkuasaan undang-undang berhampiran Diaoyu Dao, bersempena ulang tahun kelima penguatkuasaan Undang-Undang Pengawal Pantai negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • CCG menyiarkan rakaman operasi penguatkuasaan berhampiran Diaoyu Dao sempena ulang tahun kelima undang-undang Pengawal Pantai.
  • Rakaman menunjukkan kapal CCG melaksanakan rondaan rutin dan kehadiran konsisten di perairan sekitar pulau itu.
  • Undang-Undang Pengawal Pantai 2021 memberi rangka kerja perundangan jelas untuk operasi dan kedaulatan maritim China.
  • Pendedahan rakaman bertujuan memperlihatkan usaha China mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Rakaman berkenaan memaparkan kapal-kapal CCG melaksanakan rondaan rutin di kawasan perairan berhampiran pulau berkenaan.

Undang-Undang Pengawal Pantai yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2021 menyediakan rangka kerja perundangan yang jelas bagi operasi Pengawal Pantai di laut, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam memperkukuh kedaulatan undang-undang maritim China.

Dalam temu bual bersama China Central Television, Timbalan Pengarah Institut Kajian Strategi Maritim di Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China, Yang Xiao berkata perkembangan itu menunjukkan rondaan CCG di sekitar Diaoyu Dao kini menjadi amalan biasa, mencerminkan tekad China untuk melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunannya.

Menurutnya, rakaman yang diambil dari jarak dekat itu membuktikan kehadiran pasukan penguatkuasaan CCG yang konsisten di kawasan berkenaan, selain menzahirkan pelaksanaan pentadbiran serta bidang kuasa yang berkesan ke atas pulau tersebut.

Beliau turut menjelaskan pendedahan rakaman kepada orang ramai dan media bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai Diaoyu Dao, sekali gus memperlihatkan usaha berterusan China dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara itu.-REUTERS