Britain dan China perkukuh hubungan melalui MoU

FOTO REUTERS

BEIJING, 30 Januari – China dan Britain menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • China dan Britain menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
  • Perjanjian itu dicapai susulan mesyuarat di Dewan Besar Rakyat semasa lawatan Perdana Menteri Britain.
  • China bersedia meningkatkan import barangan dan perkhidmatan dari Britain untuk memantapkan hubungan.
  • Kerjasama akan diperdalam dalam dialog perdagangan, perkhidmatan, pelaburan dan sektor kewangan.

Perjanjian itu dibuat susulan mesyuarat dua hala di Dewan Besar Rakyat semasa lawatan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer ke China.

Menurut Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, Beijing bersedia mengembangkan import barangan dan perkhidmatan dari Britain bagi memantapkan hubungan kedua-dua negara.

China juga berhasrat memperkukuh dialog perdagangan dan ekonomi dengan United Kingdom serta memperdalam kerjasama dalam bidang perkhidmatan, pelaburan, dan kewangan. –REUTERS

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan