Bapa, anak ditemukan hidup selepas empat hari di bawah runtuhan

Kanak-kanak lelaki yang ditemukan masih hidup di bawah runtuhan selepas empat hari terperangkap bersama bapanya / REUTERS

LA GUAIRA, 29 Jun– Seorang bapa dan anak lelakinya ditemukan masih hidup selepas terperangkap di bawah runtuhan bangunan selama empat hari susulan gempa bumi kuat yang melanda Venezuela.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekurang-kurangnya 33 mangsa berjaya diselamatkan sejak operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mengesan mangsa lain yang dipercayai masih terperangkap.
  • Angka korban meningkat kepada lebih 1,400 orang sementara ribuan lagi dilaporkan hilang; lebih 1,600 anggota penyelamat digerakkan.

Kedua-dua mangsa dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 33 mangsa berjaya diselamatkan sejak operasi mencari dan menyelamat dijalankan hujung minggu ini.

Operasi masih diteruskan bagi mengesan mangsa lain yang dipercayai masih terperangkap.

Presiden interim Venezuela memaklumkan, angka korban meningkat kepada lebih 1,400 orang setakat Sabtu, manakala ribuan lagi masih hilang.

Lebih 1,600 anggota penyelamat dari dalam dan luar negara kini digerakkan ke kawasan terjejas. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.