Bangladesh isytihar berkabung tiga hari susulan kematian Khaleda Zia

DHAKA, 30 Disember – Kerajaan interim Bangladesh mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula Rabu susulan pemergian bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan interim mengisytiharkan berkabung negara tiga hari susulan kematian Khaleda Zia.
  • Rabu diisytiharkan cuti umum sempena pemergian bekas Perdana Menteri itu.
  • Ketua Penasihat Muhammad Yunus mengumumkan keputusan dalam ucapan disiarkan di televisyen.

Kerajaan turut mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum.

Ketua Penasihat kerajaan interim Bangladesh, Muhammad Yunus, membuat pengumuman itu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Selasa.

Zia yang juga Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh, meninggal dunia akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 80 tahun di ibu negara Dhaka pada kira-kira 6.00 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan parti itu di media sosial.- BERNAMA