AS sasar lapangan terbang di selatan Iran

Foto AFP

TEHRAN, 2 September – Amerika Syarikat (AS) pada Selasa melancarkan serangan ke atas sebuah lapangan terbang di wilayah Kerman, selatan Iran, menurut televisyen milik kerajaan Iran, ketika Washington mengumumkan gelombang serangan baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Televisyen kerajaan melaporkan serangan menyasarkan lapangan terbang Jiroft.
  • Beberapa serangan turut dilaporkan sepanjang pantai Selat Hormuz dan beberapa pulau di Teluk.
  • Agensi Fars memetik timbalan gabenor berkata serangan tidak mengakibatkan kematian atau kecederaan.
  • Laporan menyatakan landasan dan bangunan lapangan terbang tidak rosak.

“Beberapa minit lalu, serangan musuh (AS) menyasarkan lapangan terbang Jiroft,” lapor televisyen berkenaan selepas memaklumkan beberapa serangan turut berlaku di sepanjang pantai Selat Hormuz dan beberapa pulau Iran di Teluk.

Agensi berita Fars pula memetik timbalan gabenor wilayah berkenaan melaporkan serangan itu tidak mengakibatkan kematian atau kecederaan, selain tidak merosakkan landasan serta bangunan lapangan terbang. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.