AS pertimbang longgar sekatan minyak Rusia

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 7 Mac – Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan terhadap lebih banyak minyak Rusia bagi membantu menstabilkan bekalan global ketika harga minyak meningkat susulan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pentadbiran AS sebelum ini memberi kebenaran sementara kepada India membeli minyak Rusia yang berada di laut.
  • Ratusan juta tong minyak Rusia yang dikenakan sekatan masih berada di perairan antarabangsa, melonggarkan boleh meningkatkan bekalan pasaran.
  • Harga minyak mentah melonjak hampir 30 peratus minggu ini selepas kenyataan Presiden AS, menambah kebimbangan pasaran tenaga.
  • Washington menegaskan langkah bukan bertujuan melonggarkan sekatan berkaitan Ukraine, hanya melibatkan bekalan yang sudah dalam perjalanan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata langkah itu sedang dipertimbangkan selepas Washington sebelum ini memberi kebenaran sementara kepada India untuk membeli minyak Rusia yang kini berada di laut.

Menurut beliau, terdapat ratusan juta tong minyak Rusia yang dikenakan sekatan masih berada di perairan antarabangsa dan melonggarkan sekatan itu boleh meningkatkan bekalan pasaran.

Harga minyak mentah melonjak kira-kira 8.5 peratus pada Jumaat dan meningkat hampir 30 peratus sepanjang minggu ini selepas Presiden AS, Donald Trump menyatakan hanya “penyerahan tanpa syarat” oleh Iran mampu menamatkan perang di Asia Barat.

Konflik antara AS dan Israel dengan Iran serta serangan balas Tehran di rantau Teluk turut menjejaskan sektor tenaga global, termasuk hampir melumpuhkan aktiviti di Selat Hormuz.

Bagaimanapun, Washington menegaskan langkah itu bukan bertujuan melonggarkan sekatan terhadap Russia berhubung konflik di Ukraine, sebaliknya hanya melibatkan bekalan minyak yang sudah berada dalam perjalanan.

Penasihat ekonomi Kremlin, Kirill Dmitriev turut memaklumkan perkara itu sedang dibincangkan dengan pihak AS sambil menyatakan sekatan Barat memberi kesan buruk kepada ekonomi global. – AFP