AS lancar serangan ke atas tiga kapal, disyaki seludup dadah

LONDON, 1 Januari– Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (30 Disember) melancarkan serangan terhadap tiga kapal di perairan antarabangsa yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • AS melancarkan serangan ke atas tiga kapal di perairan antarabangsa disyaki penyeludupan dadah.
  • Serangan pertama membunuh tiga suspek, manakala yang lain melarikan diri dengan terjun ke laut.
  • Serangan susulan menenggelamkan dua kapal lagi; rakaman disiarkan, Reuters belum dapat sahkan lokasi atau tarikh.

Menurut kenyataan Komando Selatan AS pada Rabu (31 Disember), kapal-kapal berkenaan bergerak sebagai satu konvoi.

“Serangan pertama mengakibatkan tiga pengganas dadah di atas kapal pertama terbunuh. Baki pengganas dadah melarikan diri daripada dua kapal lain dengan terjun ke laut sebelum serangan susulan menenggelamkan kapal masing-masing,” menurut kenyataan Southern Command di X.

Kenyataan itu disertai rakaman video serangan terhadap ketiga-tiga kapal.

Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas lokasi atau tarikh rakaman video tersebut. Semakan terhadap rakaman itu juga tidak menemui hasil lama yang berkaitan. -REUTERS