Ankara nafi sistem pertahanan Turkiye tembak F-15 AS

Gambar hiasan./foto AFP

ISTANBUL, 5 April – Turkiye menolak dakwaan bahawa sistem pertahanan udara buatannya menembak jatuh sebuah jet tempur F-15 Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Turkiye menafikan dakwaan membekalkan Iran dengan peluru berpandu antipesawat dan UAV canggih.
  • Pusat Memerangi Salah Maklumat Turkiye menyifatkan dakwaan tular itu tidak berasas.
  • Agensi menggesa berwaspada terhadap kenyataan spekulatif sumber bukan rasmi yang cuba memanipulasi pendapat awam dan menjejaskan keseimbangan rantau.

Turkiye turut menafikan dakwaan bahawa ia membekalkan Iran dengan peluru berpandu antipesawat dan UAV canggih.

Menurut Pusat Memerangi Salah Maklumat Turkiye, dakwaan itu yang tular di media sosial juga dianggap tidak berasas.

Jelas agensi itu, dakwaan di media sosial itu adalah untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa.

“Aktiviti salah maklumat berniat jahat seperti itu bertujuan untuk memanipulasi pendapat umum dan menjejaskan keseimbangan sensitiviti di rantau ini tidak sepatutnya dipercayai.

“Adalah amat penting untuk terus berwaspada terhadap kenyataan spekulatif daripada sumber bukan rasmi,” tambah agensi tersebut. – BERNAMA