14 maut dalam letupan di kemudahan simpanan bunga api di Kerala, India

Foto hiasan

HYDERABAD, 22 April – Seramai 14 orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kemudahan simpanan bunga api di negeri Kerala, selatan India pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mercun dibuat untuk kegunaan sempena festival tahunan Thrissur Pooram pada 24 April.
  • Premis menghasilkan mercun untuk Kuil Thiruvambadi Krishna, antara penganjur festival Pooram.
  • Ini merupakan letupan besar kedua dalam beberapa hari; pada Ahad 25 pekerja terbunuh di Virudhunagar, Tamil Nadu.

Mercun terbabit untuk kegunaan sempena festival keagamaan tahunan Thrissur Pooram pada 24 April.

Menurut media tempatan, premis itu menghasilkan mercun untuk Kuil Thiruvambadi Krishna, iaitu antara penganjur festival Pooram.

Angka korban yang dilaporkan ialah 14 orang.

Sepuluh daripada mangsa yang cedera ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kolej Perubatan Thrissur, kata Menteri Kesihatan Kerala Veena George kepada media.

Ini merupakan letupan besar kedua di kemudahan pembuatan mercun di selatan India dalam tempoh beberapa hari.

Pada Ahad, 25 pekerja terbunuh dalam satu letupan di Virudhunagar, negeri Tamil Nadu.- BERNAMA